PADU BANTU KERAJAAN UKUR SOSIOEKONOMI RAKYAT LEBIH TEPAT – RAFIZI
PUTRAJAYA: Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berdasarkan kepada pendapatan boleh guna bersih dapat membantu kerajaan menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat serta mengelakkan keciciran.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) pada gimik perasmian Majlis Peluncuran Sistem PADU (Pangkalan Data Utama) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Pelaksanaan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang berdasarkan kepada pendapatan boleh guna bersih dapat membantu kerajaan menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat serta mengelakkan keciciran.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kaedah pengukuran ini mengambil kira jumlah tanggungan dan bilangan isi rumah, kos sara hidup mengikut lokasi, jarak ke tempat kerja serta pemilikan aset seperti rumah, kenderaan dan tanah.
“Pendekatan ini juga membolehkan kerajaan beralih daripada konsep B40, M40 dan T20 tetapi lebih melihat kepada kewajaran pemberian bantuan berdasarkan kriteria yang ditetapkan,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis pelancaran PADU, di sini, hari ini.
Rafizi berkata pembangunan PADU merupakan sebahagian daripada usaha ke arah “Govtech” (teknologi kerajaan) melalui penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan ‘hampir masa nyata’ yang membolehkan analitik data dihasilkan dengan lebih tepat.
“PADU juga menyokong tiga aspek utama yang diberi penekanan dalam Govtech, iaitu perkhidmatan awam yang mudah diakses dan berpaksikan rakyat, transformasi kerajaan digital serta sistem kerajaan yang cekap, telus dan tidak rumit.
“Ketersediaan PADU akan membantu penggubalan dasar dan proses pembuatan dasar berpandukan data,” katanya.
Menurutnya, PADU merangkumi profil individu yang mengandungi maklumat asas demografi, alamat, pendidikan, isi rumah, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima, dan sebahagian daripada data ini telah dibekalkan oleh pelbagai kementerian dan agensi yang diintegrasikan ke dalam PADU.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kementerian dan agensi yang telah membekalkan maklumat serta data dan berharap semoga lebih banyak kementerian dan agensi memberikan kerjasama dalam membekalkan maklumat dan data kepada PADU pada masa hadapan,” katanya.
Walaupun pelbagai maklumat telah diintegrasikan ke dalam sistem PADU, Rafizi berkata masih terdapat maklumat yang perlu dikemas kini oleh setiap individu yang melibatkan 39 variabel.
Pengemaskinian oleh individu itu sendiri akan dapat menjamin kesahihan maklumat dan data serta menggambarkan status terkini rakyat dalam PADU yang akan dapat menambah baik mekanisme penentuan kumpulan sasar, memperkemas saluran penyampaian dan membolehkan pelaksanaan program yang lebih berkesan, katanya.
Sementara itu, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata keberhasilan PADU bergantung kepada ketulenan data yang diperoleh daripada rakyat yang mendaftar.
“(Justeru), saya menyeru kepada semua untuk memberikan data yang sebenar semasa membuat pendaftaran dan verifikasi.
“Walaupun kita sudah mempunyai data daripada pelbagai agensi dan kementerian, namun kita memberi peluang kepada rakyat untuk menyemak data utama mereka bagi memastikan data yang kita ada adalah yang paling tepat dan terkini,” katanya.
Untuk terus bergerak ke hadapan, beliau berkata data harus dijadikan sebagai aset strategik negara.
“Semenjak DOSM memainkan peranannya bermula 1949, ia sentiasa membantu kerajaan menyediakan input untuk pelaksanaan mengukuhkan sistem negara dari segi kemiskinan, kesenjangan dan sebagainya.
“Di peringkat industri dan perniagaan, data dan statistik untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup dan terus bersaing dalam bidang mereka adalah perkara teras untuk mereka terus berkembang dalam perniagaan dan industri,” katanya.
Mohd Uzir berkata PADU memanfaatkan kesemua data rakyat yang sedia ada di pelbagai kementerian dan agensi kerajaan setakat ini, bergantung kepada tahap umur individu tersebut, yang mana selama ini penggunaan data tersebut terhad kepada agensi yang berkenaan.
“Kita tidak memusatkan data tersebut di platform PADU, data asal kekal di agensi dan kementerian terbabit. Data yang kita perlukan adalah data yang perlu dicantumkan seperti data yang terkini dan sebagainya,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager