Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PESAWAT BERTEMBUNG DI JEPUN: KETERLIBATAN RAKYAT MALAYSIA BELUM DAPAT DIPASTIKAN

DUNIA

PESAWAT BERTEMBUNG DI JEPUN: KETERLIBATAN RAKYAT MALAYSIA BELUM DAPAT DIPASTIKAN

PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang berhubung dengan pihak Japan Airlines (JAL) bagi mendapatkan maklumat adakah wujud keterlibatan rakyat Malaysia dalam insiden pertembungan dua pesawat di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo pada petang Selasa waktu tempatan.

Kementerian Luar dalam kenyataannya malam ini memaklumkan, pihak kedutaan akan menghulurkan bantuan sewajarnya, jika ada rakyat Malaysia yang terkesan susulan insiden tersebut.

Dalam kejadian jam 5.47 petang waktu tempatan itu, lima daripada enam anak kapal pesawat Pengawal Pantai Jepun (JCG) disahkan terbunuh apabila pesawat itu dilanggar oleh pesawat penumpang JAL penerbangan 516.

Pelanggaran menyebabkan kebakaran besar pada kedua-dua pesawat itu.

Manakala itu, kesemua 379 penumpang dan kru pesawat JAL termasuk lapan kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Insiden juga menyaksikan 17 orang cedera.

“Malaysia menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga yang terjejas akibat daripada insiden ini, termasuk rakyat dan Kerajaan Jepun,” menurut Wisma Putra. –Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading