Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PAKISTAN DESAK PERHIMPUNAN AGUNG PBB AMBIL PERHATIAN KENYATAAN HINA NABI MUHAMMAD

DUNIA

PAKISTAN DESAK PERHIMPUNAN AGUNG PBB AMBIL PERHATIAN KENYATAAN HINA NABI MUHAMMAD

“Provokasi yang disengajakan itu telah menjejaskan sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, Menteri Luar Pakistan menggesa (presiden Perhimpunan Agung PBB) untuk mengambil perhatian terhadap perbuatan terkutuk itu di tengah-tengah peningkatan ucapan kebencian dan Islamofobia di India,”

Penyokong parti Pakistan Tehreek-e-Labbaik (TLP) menyertai demonstrasi bagi membantah pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad, SAW baru-baru ini. -Sumber gambar: EPA

ISLAMABAD: Pakistan pada Jumaat menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil perhatian terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, baru-baru ini.

Menteri Luar Bilawal Bhutto Zardari menghubungi Presiden Perhimpunan Agung PBB Abdulla Shahid melalui telefon dan memaklumkan mengenai kenyataan yang menghina Nabi Muhammad SAW yang dibuat pegawai BJP itu, lapor Agensi Anadolu.

“Provokasi yang disengajakan itu telah menjejaskan sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia, Menteri Luar menggesa (presiden Perhimpunan Agung PBB) untuk mengambil perhatian terhadap perbuatan terkutuk itu di tengah-tengah peningkatan ucapan kebencian dan Islamofobia di India,” menurut Kementerian Luar Pakistan dalam satu kenyataan.

Beliau berharap forum PBB akan digunakan untuk “perdebatan yang konstruktif dalam kalangan negara anggota, dengan tujuan untuk menangani isu itu yang telah menyebabkan perasaan tersinggung dan kebencian dalam kalangan umat Islam.”

Minggu lalu, jurucakap kerajaan BJP India Nupur Sharma dan Ketua Media parti itu di Delhi Naveen Kumar Jindal membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW, mencetuskan gelombang kecaman di seluruh negara dan dunia Islam.

Pada Ahad, BJP telah bertindak menggantung keahlian Sharma dan memecat Jindal daripada parti. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading