TUAH BUKA AKAUN SEJAK LAHIR BERI PELUANG TUNAI HAJI PADA USIA MUDA
Katanya, telah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang yang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahinya ketika bayi termasuk duit setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri ke dalam akaun Tabung Haji.
Muhammad Iqbal Rosli, 23,(kiri) menerima bantuan kewangan daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary (kanan) sempena Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Tuah membuka akaun simpanan Tabung Haji sejak lahir memberi peluang kepada seorang pemuda dari Kampung Taman Bakti, Pengkalan Chepa, di sini, untuk mengerjakan ibadat haji pada usia muda.
Muhammad Iqbal Rosli, 23, berkata beliau tidak pernah sama sekali menyangka usaha ibu Ros Hanizah Hussein, 61, dan bapanya Rosli Hassan, 64, membuka akaun Tabung Haji untuknya ketika beliau lahir kini memberi ‘hasil’.
Katanya, telah menjadi rutin ibu bapanya untuk menyimpan wang yang diperoleh daripada saudara-mara atau kenalan yang menziarahinya ketika bayi termasuk duit setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri ke dalam akaun Tabung Haji.
“Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila saya berjaya merebut peluang yang dinanti-nantikan oleh setiap umat Islam ini terutamanya ketika saya baru berusia 23 tahun.
“Saya akan bertolak untuk menunaikan haji pada 26 Jun ini dan akan pulang ke tanah air pada 7 Ogos depan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Program Lambaian Kaabah di Dewan Haji Nik Abdullah Arshad, Kompleks Purnama di Pengkalan Chepa, di sini semalam.
Bercerita lanjut, anak keempat daripada tujuh beradik itu berkata, beliau sebelum ini telah mendapat tawaran untuk menunaikan ibadat itu pada tahun 2012 ketika berusia 14 tahun, namun terpaksa ditolak memandangkan ketika itu beliau belum cukup umur.
Bagaimanapun perkara itu tidak mematahkan semangat dan impiannya untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu dengan membuat rayuan hampir setiap tahun kepada Tabung Haji selepas beliau berusia 18 tahun.
“Pada hujung tahun lepas saya mendapat surat daripada Tabung Haji memaklumkan saya ditawarkan untuk menunaikan ibadah haji. Sejak dari itu hampir setiap minggu saya akan mengikuti kelas serta kursus berkaitan ibadat ini untuk memantapkan ilmu yang ada.
“Alhamdulillah, selepas ibu dan bapa saya berpeluang menunaikan ibadat ini pada tahun 2008 kini giliran saya pula untuk mengikuti langkah mereka. Saya juga berdoa adik-beradik saya yang lain juga berpeluang menjadi tetamu Allah pada masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai batik.
Muhammad Iqbal turut menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya membuka akaun Tabung Haji untuk anak masing-masing sejak kecil bagi memudahkan urusan menunaikan ibadat haji pada masa akan datang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager