PAU 2023: RM1.3 JUTA TABUNG PENDIDIKAN MELAYU BERJAYA TERKUMPUL
Bantuan yang bertujuan membantu pelajar memerlukan untuk melanjutkan pelajaran itu tidak hanya terhad kepada ahli UMNO sahaja, malah terbuka kepada mana-mana pelajar Melayu dan bumiputera yang memerlukan.
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.3 juta berjaya dikumpul khas bagi Tabung Pendidikan Melayu sejak tiga hari pelancarannya.
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jumlah itu merupakan hasil sumbangan daripada perwakilan, ahli perniagaan, usahawan dan pengunjung yang hadir sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini.
Melihat kepada prestasi kutipan yang memberansangkan, beliau menjangkakan jumlah kutipan itu mampu mencecah sehingga RM2.5 juta.
“Saya sendiri akan memantau jumlah wang yang dimasukkan secara atas talian dan juga dengan pemotongan gaji oleh menteri-menteri dan timbalan menteri,” katanya dalam sidang media selepas PAU 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di ibu negara, malam tadi.
Ahmad Zahid berharap agar kutipan Tabung Pendidikan Melayu yang dipengerusikan oleh ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu dapat diteruskan.
“Saya mengucapkan terima kasih kerana disamping kita menjalankan aktiviti politik yang lain di peringkat cawangan dan bahagian, kita akan meneruskan kutipan Tabung Pendidikan Melayu ini,” katanya.
Pada 7 Jun lalu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri telah melancarkan Tabung Pendidikan Melayu semasa Taklimat Presiden di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di ibu negara.
Bantuan yang bertujuan membantu pelajar memerlukan untuk melanjutkan pelajaran itu tidak hanya terhad kepada ahli UMNO sahaja, malah terbuka kepada mana-mana pelajar Melayu dan bumiputera yang memerlukan.
Media sebelum ini melaporkan, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkata, tabung berkenaan akan diaudit oleh pihak yang bertauliah, bagi memastikan ketelusan penyampaian bantuan terbabit dan akan dibentangkan secara terbuka kepada semua pihak.–AlHijrah Online / Khadizah Faisal
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager