Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEGAWAI POLIS CEDERA PARAH, ANAK ENAM TAHUN MAUT NAHAS DUA KENDERAAN

DALAM NEGARA

PEGAWAI POLIS CEDERA PARAH, ANAK ENAM TAHUN MAUT NAHAS DUA KENDERAAN

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu MPV sedang bergerak lurus di lorong paling kiri sebelum dilanggar dari belakang oleh motosikal ditunggang mangsa bersama pembonceng.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan enam tahun maut selepas motosikal dibonceng bersama bapanya yang juga seorang pegawai kanan polis terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Lingkaran Tengah (MRR2) dari arah Sungai Besi menghala Cheras di sini, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8.50 pagi tadi melibatkan motosikal jenis Honda dan MPV jenis Mitsubishi Xpander.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika pemandu MPV sedang bergerak lurus di lorong paling kiri sebelum dilanggar dari belakang oleh motosikal ditunggang mangsa bersama pembonceng.

“Akibat pelanggaran, penunggang motosikal berusia 42 tahun bersama pembonceng telah terjatuh ke atas jalan di lorong sama dan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sarifudin berkata, pegawai kanan polis itu beserta anaknya telah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi menerima rawatan.

“Anaknya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan manakala penunggang motosikal patah tangan kanan dan tangan kiri.

“Pemandu kenderaan MPV iaitu seorang wanita berumur 45 tahun bagaimanpun tidak cedera,” katanya.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading