MAHKAMAH PERSEKUTUAN TOLAK PERMOHONAN WANITA UNTUK KELUAR ISLAM
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 34 tahun untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah yang tidak membenarkannya keluar daripada agama Islam.
Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim dengan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim dan Datuk Rhodzariah Bujang menolak permohonan itu manakala Mary Lim Thiam Suan membenarkannya.
“Permohonan ini tidak melepasi syarat yang diperlukan untuk memperoleh kebenaran di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman. Justeru, permohonan ini ditolak tanpa kos,” kata Hasnah.
Terdahulu, peguam Fahri Azzat yang mewakili wanita itu berhujah bahawa anak guamnya ingin meninggalkan agama Islam untuk berkahwin.
“Kes dalam undang-undang sedia ada adalah berbeza. Ia agak kelam-kabut buat masa ini. Kebenaran harus diberikan untuk membolehkan Mahkamah Persekutuan mengesahkan atau membetulkan keadaan,” katanya.
Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly, yang mewakili kerajaan dan tiga lagi, berkata orang Islam perlu ke Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam kerana mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa sedemikian.
Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan wanita itu atas alasan hanya Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk menentukan isu pembatalan agama di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Wanita itu, yang dilahirkan dalam keluarga bapa seorang mualaf dan ibu beragama Islam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Jun 2023 yang menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Mahkamah Syariah.
Dalam permohonannya yang difailkan pada 4 Mac 2022, wanita itu menamakan Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Wanita itu memohon sekurang-kurangnya 12 perintah mahkamah termasuk deklarasi bahawa beliau bukan lagi seorang Islam serta berhak menganut dan mengamalkan agamanya iaitu Konfusianisme dan Buddhisme.
Beliau turut memohon deklarasi Mahkamah Tinggi Sivil bahawa keputusan Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah yang menolak permohonannya untuk diisytihar sebagai murtad adalah tidak sah, menyalahi undang-undang serta batal.
Pada 27 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Syariah telah menolak permohonan wanita itu untuk diisytihar sebagai bukan Islam dan memerintahkan beliau agar melalui sesi ‘istitabah’ atau bertaubat dan mengikuti kelas agama Islam serta kaunseling akidag selanjutnya.
Beliau kemudian merayu kepada Mahkamah Rayuan Syariah yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 8 Dis 2021.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.