KUALA TERENGGANU: Seorang peguam ditahan kerana dipercayai bersubahat dengan seorang banduan bagi menyeludup masuk dadah ke dalam Penjara Marang.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap di Jalan Hiliran di Pulau Kambing, dekat sini, kira-kira 10.45 pagi, 29 Dis lepas.
Beliau berkata suspek dipercayai bersubahat membawa masuk dadah ke penjara terbabit pada 23 Dis lepas melalui seorang banduan lelaki yang juga anak guamnya selepas selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu di sini.
“Setelah perbicaraan, banduan berkenaan dibawa pulang ke Penjara Marang dan diarah melalui pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas.
“Ketika pemeriksaan, pihak penjara mendapati terdapat objek asing dalam badan banduan itu lalu dihantar ke klinik penjara untuk pemantauan rapi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Mohd Khairi berkata banduan berkenaan kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Merchang, Marang untuk pemeriksaan, sebelum dibawa semula ke klinik Penjara Marang untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata dalam tempoh dua hari, pihak penjara berjaya menemukan 123 gram pil Yaba, 21 gram ganja dan Erimin 5 (13 gram) yang kesemuanya bernilai RM16,000 setelah banduan berkenaan membuang air besar.
Jumlah dadah yang dikeluarkan itu, katanya mencukupi untuk kegunaan kira-kira 800 penagih.
“Susulan itu, pihak penjara telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Peguam itu kini direman hingga 4 Jan ini untuk siasatan lanjut Seksyen 107(C) dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan,” katanya.
Mohd Khairi berkata polis kini meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang suri rumah, Nurul Norasikin Aladin, 30, beralamat di Kampung Batin, Seberang Takir untuk membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata peguam itu turut disiasat mengikut Seksyen 348 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam kes membabitkan kurungan salah serta pemaksaan menyerahkan harta di sebuah bengkel di Paka, Dungun, 8 Dis lepas.
“Mangsa dalam kes ini ialah seorang ahli perniagaan yang didakwa dipaksa menyerahkan lima kereta, sebuah motosikal dan geran tanah selepas gagal menyelesaikan hutang pelaburan berjumlah RM353,000 oleh pemungut hutang ketika dalam tahanan.
“Mangsa telah berjumpa dengan suspek (peguam) untuk mendapatkan nasihat perundangan pada 15 Dis lepas. Suspek kemudian menghubungi pemungut hutang dan setelah perbincangan, mangsa diminta membayar sebanyak RM9,000 untuk mendapatkan satu daripada kereta terbabit,” katanya.
Mohd Khairi berkata siasatan dijalankan terhadap suspek bagi mendapatkan maklumat mengenai ejen pemungut hutang dan keadaan kereta milik mangsa.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager