MALAYSIA KECAM SEKERAS-KERASNYA TINDAKAN ISRAEL LARANG OPERASI ORGANISASI BANTUAN KEMANUSIAAN DI GAZA
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Gaza.
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk melarang dan menggantung operasi sebilangan besar organisasi bantuan kemanusiaan antarabangsa di Gaza.
Kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan bahawa tindakan itu merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Menurut Wisma Putra, langkah itu akan terus memburukkan lagi krisis dan malapetaka kemanusiaan yang sedia ada meruncing susulan perang rejim itu terhadap penduduk di wilayah Palestin yang telah berlarutan selama lebih dua tahun.
“Halangan terhadap bantuan kemanusiaan merupakan hukuman kolektif ke atas orang awam dan menjejaskan sifat berkecuali serta kebebasan petugas kemanusiaan.
Rejim Israel diwajibkan secara sah di bawah Konvensyen Geneva Keempat untuk memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza,” menurut kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Malaysia menggesa komuniti antarabangsa bertindak tegas bagi memaksa Israel membatalkan keputusannya dengan serta-merta dan memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan sepenuhnya tanpa sekatan, atau rejim itu perlu dipertanggungjawabkan atas pelanggaran undang-undang antarabangsa.
Malaysia turut menegaskan semula solidariti yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan penamatan pencerobohan Israel, penarikan balik sekatan ke atas Gaza, serta penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked