PEGUAM MOHON PINDA NAMA ZAYN RAYYAN DALAM KERTAS PERTUDUHAN
Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh bahawa nama kanak-kanak itu telah dibetulkan daripada Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf. –foto BERNAMA
PETALING JAYA: Pihak pembelaan dalam kes bunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin memohon untuk meminda nama kanak-kanak itu dalam kertas pertuduhan yang dikemukakan kepada ibu bapanya hari ini.
Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Dr Syahliza Warnoh bahawa nama kanak-kanak itu telah dibetulkan daripada Zayn Rayyan Abdul Matiin kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan.
“Merujuk kepada pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya pada tarikh lepas (13 Jun), nama kanak-kanak seperti yang dicatatkan ialah Zayn Rayyan Abdul Matiin, namun pihak kami telah menerima dokumen cabutan daftar kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Selangor melalui tertuduh kedua (Ismanira) yang membetulkan maklumat dalam daftar kelahiran Zayn Rayyan.
“Pada 4 Julai lepas, pembetulan maklumat nama Zayn Rayyan telah dibuat dan ditukar kepada Zayn Rayyan bin Zaim Ikhwan. Saya ingin merekodkan kami ingin membuat permohonan untuk meminda nama Zayn Rayyan dalam pertuduhan,” katanya yang turut mengemukakan salinan sijil kelahiran baharu kepada mahkamah pada sebutan kes itu hari ini.
Peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin mengadakan sidang media di hadapan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini. –fotoBERNAMA
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nurul Qistini Qamarul Abrar mengesahkan pihaknya telah menerima salinan sijil kelahiran mangsa dan akan meneliti dokumen terbabit.
“Memandangkan dokumen ini baru diserahkan pagi ini, pendakwaan akan memaklumkan kepada pihak-pihak sekiranya terdapat pindaan dalam pertuduhan pada tarikh akan datang,” katanya yang mengendalikan kes bersama TPR Anis Hakimah Ibrahim.
Hakim Syahliza kemudian mengarahkan pihak pendakwaan mengesahkan perkara itu terlebih dahulu dengan JPN dan keputusan berhubung pindaan akan dimaklumkan semasa sebutan kes pada 18 Sept ini.
Turut hadir pada prosiding hari ini peguam pemerhati daripada Majlis Peguam Vivek Sukumaran dan Jason Wee.
Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa peguam Mahmud Abdul Jumaat tidak lagi mewakili Ismanira dalam kes ini selepas wanita itu menghantar surat penamatan perkhidmatan guaman yang mewakilinya.
“Saya difahamkan Ismanira telah menghantar surat berhubung penamatan perkhidmatan itu kepada Tetuan Emir Mahmud & Co pada 18 Jun lepas. Sehubungan dengan itu, pihak kami akan mewakili pasangan suami isteri itu,” katanya.
Pada 13 Jun, Zaim Ikhwan dan Ismanira, kedua-duanya berumur 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan mengabaikan kanak-kanak autisme berusia enam tahun itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya pada Disember 2023 di sekitar jalan PJU Damansara Damai di sini, pada 12 tengah hari, 5 Dis hingga 9.55 malam, 6 Dis.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pada 6 Dis tahun lepas, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.
Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh apabila hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badannya akibat mempertahankan diri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked