Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEKERJA BINAAN NYARIS MAUT TUBUH TERBAKAR 80 PERATUS

DALAM NEGARA

PEKERJA BINAAN NYARIS MAUT TUBUH TERBAKAR 80 PERATUS

Seorang pekerja binaan nyaris maut selepas tubuhnya terbakar 80 peratus dalam kejadian di tapak pembinaan di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja binaan nyaris maut selepas tubuhnya terbakar 80 peratus dalam kejadian di tapak pembinaan di Jalan Damanlela, Bukit Damansara, di sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.26 pagi tadi sebelum menghantar 11 anggota bomba bersama dua buah jentera FRT dan sebuah EMRS ke lokasi kejadian.

Katanya, kejadian tersebut turut melibatkan dua lagi mangsa yang melecur 30 peratus dan sembilan peratus pada bahagian badan masing-masing.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas sebuah kotak suis yang berada di kawasan tapak pembinaan tersebut terbakar.

“Bagaimanapun, api telah padam setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian sementara mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya hari ini.

Punca kebakaran masih dalam siasatan bomba.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading