USAHA KERAJAAN MARTABAT BAHASA MELAYU BERI IDENTITI KEPADA GENERASI AKAN DATANG
Usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam negara dan antarabangsa adalah langkah jitu yang memberi identiti serta gesaan nasional kepada generasi akan datang.
BANGI: Usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam negara dan antarabangsa adalah langkah jitu yang memberi identiti serta gesaan nasional kepada generasi akan datang, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata sekiranya bahasa itu tidak diutamakan seperti yang dikehendaki Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menerusi Akta Bahasa Kebangsaan, maka rakyat akan tercicir seperti ‘hilang bahasa hilang budaya, hilang budaya hilang negara’.
“Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita jangan apologetic lagi. Kita terus jalan dan wujudkan istilah-istilah bahasa kebangsaan semula. Dulu banyak tentang kejuruteraan, perubatan dan teknikal tetapi sekarang buku-buku itu menampung habuk di almari.
“Kita hidupkan balik dewan bahasa dengan perkasa, hidupkan balik pengajaran bahasa dengan semua kemurniaan seperti pantun, seloka, gurindam, perumpamaan dan peribahasa. Dengan kemunculan azam baharu kerajaan ini, saya yakin kita akan maju tapi jangan seperti air bah,” katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kenduri Budaya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penubuhan Tabung Istana Puteri Bongsu di sini hari ini, Rais berkata Akta Bahasa Kebangsaan yang wujud sekarang perlu diterjemahkan dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan yang mencerminkan identiti sendiri.
Dalam pada itu, beliau berkata pantun harus diiktiraf sebagai bukan sahaja literasi dunia tetapi juga tamadun asal kepada penduduk rantau ini khasnya wilayah nusantara dan harus dijadikan sebagai suatu elemen atau unsur dalam budaya.
“Kementerian Pendidikan harus melihat semula pendidikan tanah air sama ada ia mengandungi unsur warisan ataupun tidak. Sekiranya tidak ada maka perlu ditambah kepada ilmu sedia ada tetapi tidak boleh didiamkan sahaja,” katanya.
Selain itu, Rais menyeru supaya satu pusat budaya cerminan kehidupan bandar Melayu diwujudkan contohnya di Kenny Hills, Damansara atau Kampung Baru seperti yang diwujudkan bangsa lain seperti India di Brickfields dan masyarakat Cina di Jalan Petaling.
Pada majlis itu, Rais selaku Pengasas Yayasan Budi turut menyumbangkan RM50,000 kepada Tabung Istana Puteri Bongsu sebagai dana permulaan bertujuan menaja aktiviti kemasyarakatan berasaskan warisan ketamadunan Melayu, menubuhkan galeri artifak alam Melayu, menghidupkan suasana kawasan sekeliling dengan kawasan rekreasi yang bersesuaian dengan suasana istana lama seperti berkuda, memanah dan permainan tradisional Melayu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked