Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAJAR PEREMPUAN TERSEPIT KAKI PADA BESI PENUTUP LONGKANG

DALAM NEGARA

PELAJAR PEREMPUAN TERSEPIT KAKI PADA BESI PENUTUP LONGKANG

Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini, diselamatkan anggota bomba selepas kakinya tersepit pada besi penutup longkang di sekolah itu, pagi tadi.

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, di sini, diselamatkan anggota bomba selepas kakinya tersepit pada besi penutup longkang di sekolah itu, pagi tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.08 pagi tadi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kejadian melibatkan seorang mangsa pelajar perempuan berumur 16 tahun dipercayai tersepit di besi penutup longkang berkedalaman satu meter selama 20 minit.

“Bomba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dalam tempoh satu minit,” katanya.

Pelajar tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading