Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DISKAUN SAMAN SEHINGGA 60 PERATUS SEMPENA HARI POLIS

DALAM NEGARA

DISKAUN SAMAN SEHINGGA 60 PERATUS SEMPENA HARI POLIS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus, bermula 20 Mac hingga 31 Mac 2023.

Menurut hantaran di Facebook Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM, tawaran tersebut bersempena sambutan Hari Polis yang ke-216.

“Pembayaran boleh dibuat menerusi aplikasi MyBayar Saman bermula jam 8 pagi, atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah di seluruh negara,” katanya.

Bagaimanapun pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan, kesalahan bicara mahkamah, saman berstatus waran, dan kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori).

Turut tidak diberikan pengurangan ialah kesalahan memotong secara berbahaya menggunakan lorong kecemasan, kesalahan tidak boleh kompaun, tidak patuhi isyarat lampu merah, memotong di garisan berkembar, kesalahan pengubah suaian ekzos serta saman berstatus Op Selamat.

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Sama. di laman web https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi di Google PlayStore, Apple Store serta Huawei AppStore.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading