ANWAR IMBAU KISAH DIDIKAN IBU BAPA GALAK MEMBACA, LAWAT KAWASAN MISKIN
Tidak hanya menjawab soalan berkaitan isu semasa dan rakyat dalam program dialog bersama belia di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuka kisah didikan ibu bapanya yang mempengaruhi perwatakan beliau dan minat membaca yang sangat menebal sejak dahulu lagi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Dialog Anak Muda Temu Anwar sempena Pameran Memperkasa Belia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Tidak hanya menjawab soalan berkaitan isu semasa dan rakyat dalam program dialog bersama belia di sini hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membuka kisah didikan ibu bapanya yang mempengaruhi perwatakan beliau dan minat membaca yang sangat menebal sejak dahulu lagi.
Segalanya bermula dengan soalan peserta wanita dari Indonesia pada program dialog anak muda ‘Temu Anwar,’ yang turut menzahirkan kekagumannya terhadap Perdana Menteri berusia 75 tahun itu yang disifatkan sebagai seorang pejuang sejati dan memiliki ketokohan tersendiri, mengenai kaedah didikan diguna pakai oleh ibu ayah Anwar.
“Saya percaya bapak membawa visi MADANI tentang kemanusiaan, apa nasihat yang diberikan orang tua bapak, orang tua bapak seperti apa, bagaimana mendidik daripada kecil sehingga jiwa pejuang Anwar teruji bukan hanya di rumah tapi di penjara,” katanya yang memperkenalkan diri sebagai Nur Irma Watoni.
Anwar, yang tersenyum dan berkata beliau ‘senang’ dengan soalan itu, memaklumkan antara asas utama didikan ibu bapa beliau ialah membaca.
“Ibu bapa saya sangat mendorong untuk membaca. Ayah saya lebih kepada Bahasa Inggeris. Ibu saya lebih kepada Bahasa Melayu. Mereka juga sering beri galakan saya bergiat aktif dalam kegiatan sosial dan masyarakat.
“Walaupun kami kelas menengah, ibu bapa saya memang orang kuat UMNO dan (bapa) pernah jadi Ahli Parlimen tetapi sentiasa bawa saya ke kawasan-kawasan orang miskin. Jadi keprihatinan kita kukuh dari awal. Alhamdulillah, latihan agama juga kuat,” katanya.
Perdana Menteri berkata ketika melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), beliau turut mendapat latihan disiplin yang teguh daripada guru-gurunya yang disifatkan sebagai luar biasa.
“Sebab itu bila orang berbicara soal kaum, walaupun saya kuat Melayunya, saya perjuangkan bahasa, bangga dengan budaya tapi saya tiada sentimen benci bangsa lain.
“Walaupun Kolej Melayu, (pelajar) Melayu semua tetapi guru yang berjasa kepada kita ini guru Melayu, guru Cina dan India itu berjasa sekali dan kasih kepada anak-anak itu tidak menunjukkan mereka ada prasangka terhadap anak-anak Melayu. Jadi ini semua mempengaruhi watak kita.
“Tetapi bagaimana saya boleh berdegil dan bertahan, itu tidak mudah. Kalau saudara kumpul, saya di penjara hampir 11 tahun dan penjara itu neraka dunia, jadi tidak mudah. Tapi saya keras dan degil mengatakan saya nak ubah sistem,” katanya.
Anwar berkata azam dan cita-cita untuk menjadikan Malaysia hebat dan ‘manusiawi’ tetap diteruskan walapun berada di balik tirai besi sehingga mendorong beliau untuk tekun beramal, cuba menghafal al-Quran dan membaca sebanyak mungkin buku yang diperoleh.
“Walaupun di peringkat awal, tidak diizinkan buku masuk dalam lokap saya. Tetapi selepas beberapa tahun bosan melarang-larang, akhirnya diizinkan dan teman-teman dari seluruh dunia hanya mengirim buku. Kalau buku terbitan paling baharu dari India, Indonesia, Amerika Syarikat dan United Kingdom itu dikirim kepada saya.
“Jadi sebab itu, bila saya keluar dari penjara pada 2004, saya diminta jadi felow di Universiti Oxford dan kemudian Profesor di Universiti Georgetown kerana banyak baca. Tapi bagaimana mampu kuat ini, sukar dijawab. Yang penting doa kepada Allah SWT supaya kuat,” katanya.
Program dialog anjuran Anwar Ibrahim Club (AIC) tersebut dikendalikan oleh selebriti Amelia Henderson dan dihadiri lebih 5,000 anak muda yang berpeluang bertanyakan pelbagai soalan kepada pemimpin nombor satu negara itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager