PINDAAN DUA AKTA BERKAITAN KOMUNIKASI BOLEHKAN ISU 3R DITANGANI – FAHMI
Ini susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada Forum Pameran Memperkasa Belia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini. — fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 589) akan membolehkan isu seperti perkauman, agama dan Institusi Diraja (3R) ditangani.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata ia memandangkan banyak perkara dalam akta-akta yang diperkenalkan sejak 1998 itu perlu dikemas kini dengan mengambil kira perkembangan teknologi semasa yang telah jauh berubah.
“Pindaan itu nanti juga akan turut melibatkan sesi libat urus bersama Ahli-ahli Parlimen dan kementerian akan menelitinya sebelum ia dijangka dibawa ke Parlimen pada penggal ini atau selewat-lewatnya tahun depan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu program forum bertajuk “Youth Empowerment Through Digital Platforms” bersempena Youth Empowerment Fair 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dalam forum itu, Fahmi turut berkongsi bahawa Raja-Raja Melayu ada menzahirkan pandangan dan nasihat berhubung kerisauan serta kegelisahan tentang isu ekstremisme.
Ini susulan beberapa insiden melibatkan elemen 3R yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian di dalam negara.
“Disebabkan itu hampir semua majlis agama (negeri) arahkan tidak berpolitik dalam masjid dan surau…dan saya sudah beritahu MCMC dan mereka telah mengeluarkan kenyataan hari ini mengenai isu 3R sebagai peringatan kepada setiap orang, jaga keselamatan, jaga tertib, jaga adab, jangan langgar,” katanya.
MCMC dalam kenyataan hari ini sekali lagi mengingatkan orang ramai, agar tidak memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan atau pandangan yang berbaur kebencian membabitkan elemen 3R di media sosial dan aplikasi pemesejan.
Dalam perkembangan lain Fahmi berkata pihaknya telah berhubung dengan beberapa penyedia perkhidmatan Internet satelit untuk membantu komuniti luar bandar yang berada di kampung, desa dan pedalaman bagi mendapatkan akses Internet yang lebih murah.
“Sebagai contoh ada yang terpaksa membelanjakan RM10 untuk satu gigabait (GB) data internet dan ini satu jumlah yang agak tinggi, jadi kita perlu tangani untuk memastikan akses Internet itu bukan hanya tersedia tapi juga tidak terlalu mahal untuk digunakan,” katanya.
Fahmi berkata ketika ini 97 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara telah mempunyai akses kepada Internet dan telekomunikasi dan selebihnya masih belum mendapat kemudahan berkenaan seperti di pedalaman Sabah, Sarawak, selain di kawasan pos Orang Asli dan pulau yang mempunyai penduduk. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked