PAKAIAN SERAGAM: PELAJAR TERJEJAS BANJIR DAPAT KELONGGARAN DUA BULAN
JPN telah diarahkan untuk mengumpulkan data pelajar dan murid yang terjejas banjir supaya bantuan bersesuaian dapat disalurkan bukan sahaja pakaian seragam, tetapi juga mereka yang terpaksa mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Murid-murid Tahun Lima yang menjadi mangsa banjir mengikuti sesi pembelajaran secara santai pada hari pertama sesi persekolahan 2023 di Sekolah Kebangsaan Seri Pandan hari ini. –fotoBERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Pelajar dan murid yang terjejas banjir di Johor mendapat kelonggaran untuk tidak memakai pakaian seragam sekolah hingga dua bulan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh berkata kelonggaran itu diberikan bagi mengurangkan beban keluarga mangsa banjir yang perlu menggantikan pakaian seragam anak mereka.
Selain itu, pihaknya menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah diarahkan untuk mengumpulkan data pelajar dan murid yang terjejas banjir supaya bantuan bersesuaian dapat disalurkan bukan sahaja pakaian seragam, tetapi juga mereka yang terpaksa mengikuti kelas Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Kementerian Pendidikan juga sudah mengumumkan pelajar terjejas banjir diberi kelonggaran memulakan sesi persekolahan hari ini tanpa memakai pakaian seragam, apatah lagi kita diberitahu banjir di Batu Pahat dijangka berlarutan lebih sebulan atau mungkin dua bulan.
“Oleh itu, pelajar di kawasan terjejas banjir di negeri ini diberi kelonggaran dan dibenarkan tidak memakai seragam sehingga dua bulan lagi,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Norlizah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Lama berkata kerajaan negeri juga akan memantau proses PdPR dan menyalurkan bantuan gajet kepada pelajar terjejas banjir yang tiada peranti untuk mengikuti kelas berkenaan.
“Kita akan kenal pasti jumlah pelajar yang tiada peranti untuk ikuti PdPR dan salurkan bantuan bagi meringankan beban keluarga mereka,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kelonggaran tersebut diberikan kerana pihaknya tidak mahu membebankan ibu bapa dengan mewajibkan mereka membeli pakaian seragam anak sedangkan masing-masing terjejas bencana itu.
Setakat hari ini, kira-kira 2,000 pelajar daripada lima sekolah di negeri ini dilaporkan tidak dapat memulakan sesi persekolahan 2023/2024 hari ini kerana masih terjejas banjir.
Tiga sekolah di Batu Pahat iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Mendapat, SK Tanjung Sembrong dan SK Seri Nasib Baik tidak dapat dibuka kerana laluan ke sekolah masih banjir, manakala SK Pogoh dan Sekolah Menengah Kebangsaan Buloh Kasap di Segamat tidak dibuka disebabkan masalah bekalan elektrik.
Sementara itu, 44 sekolah di daerah Batu Pahat masih dijadikan pusat pemindahan sementara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.