KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 merupakan ‘khabar gembira’ kepada bakal jemaah haji golongan B40 untuk menjadi ‘tetamu’ Allah selain melancarkan urusan menunaikan rukun Islam kelima itu.
Rata-rata berpendapat usaha kerajaan itu bertepatan dengan kos haji yang semakin meningkat saban tahun.
Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA Mohd Azri Abd Razak berkata kerajaan mengambil langkah tepat dalam memastikan bakal jemaah haji daripada golongan B40 terus diberikan keutamaan dan bantuan untuk menunaikan ibadah itu.
“Menjadi tanggungjawab kerajaan membantu golongan tersebut dari segi kewangan supaya mereka dapat membuat persiapan dengan lancar dan teratur.
“Namun bagi golongan M40 dan T20, kerajaan juga perlu memikirkan kaedah terbaik dalam membantu mereka kerana bukan semua mampu dan memilih menunaikan haji secara swasta, ada juga dalam kalangan mereka masih memerlukan bantuan kerajaan,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menanggung kenaikan kos menunaikan ibadah haji sebanyak RM1,000 bagi setiap jemaah haji golongan B40 pada tahun ini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA Malaysia) Harun KC Ahmmu menyifatkan bantuan itu sebagai ‘rezeki’ dan berita gembira buat bakal ‘tetamu Allah’ di saat pelbagai kos bagi menunaikan haji dijangka terus meningkat.
“Kita sebagai rakyat amat berterima kasih dengan pengumuman ini,” katanya.
Warga emas dari Terengganu, Sharifah Zaleha Syed Ibrahim, 70, berkata beliau bersyukur dengan pengumuman itu yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kewangannya jika menerima tawaran ke Tanah Suci tahun ini.
“Syukur lah kerajaan sudi tanggung tambahan kos lagi RM1,000 itu, kalau tidak terpaksa la makcik cari duit lagi RM1,000 kalau dapat surat tawaran,” katanya yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji pada 2020 namun terpaksa ditangguhkan akibat penularan COVID-19.
Mohamad Fazil Abdul Aziz, 58, dari Kepala Batas, Pulau Pinang yang bekerja sebagai pesawah berkata bantuan itu memberi kelegaan kepada golongan B40 termasuk dirinya walaupun jumlah tersebut mungkin dilihat kecil buat sesetengah pihak.
“Mungkin bagi orang lain jumlah RM1,000 itu biasa tapi bagi kami B40 ni…jumlah tu besar dan saya percaya ia sangat melegakan kepada sesiapa yang dapat ke Makkah tahun ini,” katanya yang turut berharap dipilih sebagai jemaah haji musim ini.
Peniaga nasi lemak, Fatimah Kassim, 49, pula berkata bantuan itu membuktikan kerajaan terutamanya Perdana Menteri amat prihatin dengan nasib golongan B40 ketika kos menunaikan haji tahun ini dijangka meningkat.
“Kita tahu kos menunaikan haji semakin meningkat sekarang ni, jadi dengan bantuan itu sekurang-kurangnya jemaah boleh gunakan RM1,000 yang sepatutnya dibayar sendiri sebagai belanja mereka di sana,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Tabung Haji menjangkakan kos bagi menunaikan haji tahun ini akan meningkat lebih RM2,000 kepada RM30,850 bagi seorang. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked