Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PELAPOR KHAS PBB: ISRAEL LAKUKAN GENOSID BAHARU DI JABALIYA, GAZA

DUNIA

PELAPOR KHAS PBB: ISRAEL LAKUKAN GENOSID BAHARU DI JABALIYA, GAZA

NEW YORK: Francesca Albanese, Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai situasi hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967, berkata bahawa tentera Israel kini melakukan siri pembunuhan beramai-ramai di Jabaliya, kawasan utara Semenanjung Gaza.

Gambar fail

“Saat kita berbicara, menulis, tweet dan menangis, tentera Israel melakukan satu lagi pembunuhan beramai-ramai di utara Gaza,” kata Albanese dalam satu hantaran di platform X, seperti yang dipetik oleh Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Beliau menjelaskan bahawa rakyat di Jabaliya dibunuh sama ada secara berkumpulan atau secara individu, dalam tindakan sadis dan kejam yang sukar dibayangkan.

Tindakan ini dilakukan oleh warga Israel yang bersetuju menjadi ‘pembunuh sukarela’, menjadi sebahagian daripada rancangan genosid, menggunakan senjata buatan Barat dan dengan sokongan daripada negara-negara Barat.

“Sukar untuk dipercayai bahawa kita tahu apa yang sedang dilakukan Israel, namun kita semua tidak mampu menghentikannya.

“Jika dibandingkan dengan keadaan 100 tahun lalu, tidak banyak kemajuan yang telah dicapai,” katanya. – Alhijrah Online 

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading