Connect with us

ALHIJRAH NEWS

GAZA: KEMPEN VAKSINASI POLIO FASA KEDUA BERMULA ISNIN – MENTERI KESIHATAN

DUNIA

GAZA: KEMPEN VAKSINASI POLIO FASA KEDUA BERMULA ISNIN – MENTERI KESIHATAN

RAMALLAH: Menteri Kesihatan Majid Abu Ramadan pada Ahad memaklumkan kempen vaksinasi polio fasa kedua di Semenanjung Gaza yang menyasarkan kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun bermula pada Isnin.

Gambar fail

RAMALLAH: Menteri Kesihatan Majid Abu Ramadan pada Ahad memaklumkan kempen vaksinasi polio fasa kedua di Semenanjung Gaza yang menyasarkan kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun bermula pada Isnin.

Menteri itu menekankan bahawa kejayaan kempen ini bergantung kepada kesinambungan jeda kemanusiaan bagi membolehkan petugas kesihatan melaksanakan tugas dengan selamat dan memastikan keluarga mendapat akses kepada vaksinasi yang diperlukan untuk anak-anak mereka, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Kempen ini menyasarkan 591,700 kanak-kanak dan menggunakan pasukan bergerak serta tetap bagi memastikan liputan menyeluruh di seluruh Semenanjung Gaza. – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading