Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MELAKA FATWAKAN AJARAN GISBH SESAT

DALAM NEGARA

MELAKA FATWAKAN AJARAN GISBH SESAT

AYER KEROH: Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan ajaran dan kepercayaan GISB Holdings (GISBH) adalah sesat dan sama seperti ajaran dan kepercayaan Al-Arqam yang telah diwartakan pada 1994.

Polis merampas pelbagai jenis buku dan dokumen berkaitan GISBH. — Bernama

AYER KEROH: Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan ajaran dan kepercayaan GISB Holdings (GISBH) adalah sesat dan sama seperti ajaran dan kepercayaan Al-Arqam yang telah diwartakan pada 1994.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober lalu selepas mendapati beberapa elemen kumpulan itu bertentangan dengan hukum syarak.

“Terdapat persamaan dari sudut kepercayaan, amalan, wirid dan pegangan mereka yang terlibat. Oleh itu kita telah memutuskan apa yang dibawa oleh kumpulan GISBH adalah bertentangan dengan hukum syarak. 

“Justeru, kita sedang proses untuk tindakan selanjutnya iaitu membentangkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) seterusnya diangkat untuk mendapatkan perkenaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.

Mengulas lanjut katanya berdasarkan laporan-laporan yang dibentangkan pada muzakarah berkenaan, jelas terdapat persamaan amalan seperti ajaran Al-Arqam dan Rufaqa’ yang telah difatwa haram di Melaka pada 1994 dan 2007.

Oleh itu fatwa yang bakal diwartakan nanti akan menjadi garis panduan baharu khususnya kepada jabatan penguatkuasaan dalam mengambil tindakan yang lebih tegas.

Setakat ini tiga negeri telah mengisytiharkan amalan dan kepercayaan GISBH sebagai sesat iaitu Perlis, Selangor dan Pahang. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading