PEMANDU LORI DIDAKWA MEMANDU BAWAH PENGARUH DADAH, SEBABKAN KEMATIAN WANITA
Jimhar Albasar, 30, didapati memandu lori jenis Nissan di bawah pengaruh dadah berbahaya jenis metamfetamina sehingga menyebabkan kematian Mutia Sharinia Erpie Mustapa, 31, di Jalan Persiaran Negeri, Nilai pada 4.15 petang, 27 Sept lepas.
SEREMBAN: Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, Jumaat lepas.
Jimhar Albasar, 30, didapati memandu lori jenis Nissan di bawah pengaruh dadah berbahaya jenis metamfetamina sehingga menyebabkan kematian Mutia Sharinia Erpie Mustapa, 31, di Jalan Persiaran Negeri, Nilai pada 4.15 petang, 27 Sept lepas.
Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta hilang kelayakan memandu tidak kurang 10 tahun daripada tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan itu adalah serius yang melibatkan enam kenderaan dan satu kematian.
Peguam A. Partheeban yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan atas alasan anak guamnya perlu menanggung dua anak dan isteri yang kini mengandung tujuh bulan.
“Dia akan dijamin bapanya berusia 56 tahun yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan RM2,000 sebulan selain turut menanggung tiga anak serta isteri. Bapanya akan memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah,” katanya.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov ini untuk sebutan semula.
Sementara itu, Jimhar turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memasukkan dadah jenis sama ke dalam dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai pada 11.55 malam, tarikh yang sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta sama, yang jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.
Majistret Nurul Saqinah Rosli membenarkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Nov ini untuk sebutan semula.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi dan tertuduh diwakili peguam sama.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests