KDN LUPUS 5.8 TAN METRIK ALAT MAINAN SEKS BERNILAI RM1.3 JUTA
Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan 5.8 tan metrik atau 27,035 unit alatan mainan seks bernilai RM1.3 juta hasil rampasan di beberapa premis di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, sepanjang tahun ini.
SEREMBAN: Kementerian Dalam Negeri (KDN) melupuskan 5.8 tan metrik atau 27,035 unit alatan mainan seks bernilai RM1.3 juta hasil rampasan di beberapa premis di Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur, sepanjang tahun ini.
Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Nik Yusaimi Yussof berkata proses sitaan diputuskan melalui perintah mahkamah untuk dilucuthak dan dilupuskan di bawah Seksyen 19(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.
“Kaedah pelupusan adalah dengan memusnahkan alatan jenis silikon, plastik dan sebagainya hingga tidak berbentuk seperti asal dan tidak boleh berfungsi. Kebanyakan alatan berkenaan dari China, Thailand dan beberapa negara Asia lain yang dijual pada harga RM50 hingga RM800.
“Kesemua barangan itu adalah sebahagian daripada rampasan di stor, gudang dan premis perniagaan. Terdapat sebilangan lagi masih dalam proses tindakan mahkamah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Nik Yusaimi berkata KDN menjalin kerjasama rapat dengan operator platform e-dagang bagi membendung penjualan alat mainan seks secara meluas secara dalam talian termasuk pertukaran carian melalui kata kunci bagi menyukarkan pembeli untuk mencari alat mainan seks dengan mudah.
“Bagaimanapun, penjual alatan tidak bermoral itu tetap menggunakan pelbagai helah supaya produk mereka tidak disekat dan terus diiklankan bagi menarik pembeli,” katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas secara berterusan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan mencetak, mengimport, menghasilkan, menerbit, menjual atau mengedar hasil penerbitan larangan yang boleh memudaratkan moral serta ketenteraman awam.
Dalam pada itu, beliau berkata KDN sentiasa melakukan penguatkuasaan di seluruh negara dalam membenteras aktiviti penerbitan tidak diingini di bawah AMCP 1984 kerana memudaratkan moral dan berlawanan dengan sosiobudaya masyarakat di negara ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.