Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMBANGUNAN SEMULA GAZA : MALAYSIA BINA SEKOLAH, HOSPITAL DAN MASJID – PM ANWAR

DALAM NEGARA

PEMBANGUNAN SEMULA GAZA : MALAYSIA BINA SEKOLAH, HOSPITAL DAN MASJID – PM ANWAR

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Situasi pelarian Gaza yang mula kembali ke tanah air tercinta. — AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia akan membina sebuah sekolah, hospital, dan masjid sebagai usaha permulaan dalam membantu membangunkan semula Gaza, Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pembinaan semula itu akan dijalankan melalui kolaborasi antara rakyat Malaysia dan sektor swasta.

“Ia sebagai usaha kita, pengorbanan masyarakat dan rakyat. Mudah-mudahan Allah memelihara kita dan menjamin keselamatan Gaza dan Palestin,” katanya menerusi rakaman video hari ini.

Anwar berkata usaha pembangunan semula Gaza ini juga melibatkan kerjasama antara Kerajaan Jepun dan Malaysia, yang berhasrat menubuhkan serta melancarkan dana melalui program Asia Timur.

Pada 18 Jan lepas, Anwar dilaporkan berkata pembangunan semula Gaza yang hampir musnah akibat serangan Israel sejak Oktober 2023, dijangka menelan kos lebih US$1 trilion.

Beliau berkata jumlah yang besar diperlukan kerana kemudahan seperti masjid, sekolah, hospital dan rumah telah musnah.

Menurut Anwar, Jepun telah mengundang Malaysia untuk menjadi pengerusi bersama dalam Persidangan mengenai Kerjasama antara Negara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD), yang memfokuskan pada pembangunan semula Gaza. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading