Lembaga Tabung Haji (TH) ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti semua permohonan rayuan haji dan setelah ambil kira permohonan yang dikemukakan oleh perayu, maka 31,600 kuota dah dipenuhi dan pada 9 Mei kapal terbang pertama akan berangkat ke Tanah Suci.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (dua, kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar (tengah) menyantuni tetamu jemputan ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka hari ini. –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemohon yang membuat rayuan haji bagi musim haji 1445H/2024M telah mula menerima jawapan masing-masing sama ada permohonan mereka diluluskan ataupun tidak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata keputusan dibuat berdasarkan pertimbangan dan jumlah kuota yang diluluskan Kerajaan Arab Saudi untuk jemaah haji Malaysia.
“Lembaga Tabung Haji (TH) ada jawatankuasa khas yang dibentuk untuk meneliti semua permohonan rayuan haji dan setelah ambil kira permohonan yang dikemukakan oleh perayu, maka 31,600 kuota dah dipenuhi dan pada 9 Mei kapal terbang pertama akan berangkat ke Tanah Suci,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau Jumaat di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang turut hadir pada majlis itu menyantuni dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak yatim, pelajar tahfiz dan ibu tunggal.
Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia bagi musim haji tahun ini dengan kelulusan itu diberikan berdasarkan jumlah 0.1 peratus jumlah penduduk Islam di negara ini.
TH dilaporkan menerima lebih 80,000 rayuan haji sejak ia dibuka pada 26 Jan lepas.
Sementara itu ditanya mengenai kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh berhubung tindakan boikot terhadap rangkaian kedai serbaneka KK Mart, bertentangan dengan ajaran dan tindakan Rasulullah, Mohd Na’im berkata beliau menghormati dan akan meneliti pandangan tersebut.
“Isu boikot ini pilihan individu dan kita menghormati pandangan Mufti Perak dan InsyaAllah kita akan teliti,” katanya.
Mengenai program ramah mesra tersebut, Mohd Na’im berkata ia menghimpunkan 130 masjid dan surau Jumaat yang menyediakan juadah Hari Raya dan menyantuni tetamu daripada pelbagai latar belakang kaum, bangsa dan agama selaras dengan semangat muhibah masyarakat MADANI. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked