Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU SESI 2027 BERMULA 15 FEB

DALAM NEGARA

PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU SESI 2027 BERMULA 15 FEB

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).

SUMBER GAMBAR BERNAMA

PUTRAJAYA: Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026 menerusi Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan pendaftaran tersebut dibuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia bagi kohort enam tahun (5+) dan tujuh tahun (6+).

Bagi kohort enam tahun (5+), pendaftaran melibatkan kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari hingga 31 Disember 2021, manakala kohort tujuh tahun (6+) melibatkan kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.

Menurut KPM, pelaksanaan ini selaras dengan keputusan Kerajaan yang membenarkan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 mulai 2027 secara sukarela tanpa perlu menduduki ujian saringan.

Ibu bapa dan penjaga disarankan mendaftar akaun Sistem Pengurusan Identiti (idMe), mengemas kini maklumat peribadi serta mengemukakan permohonan menerusi MOEIS bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran boleh diperoleh menerusi portal rasmi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading