PUTRAJAYA: Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) Sesi Akademik 2025/2026 bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) selesai dilaksanakan pada 10 Disember lalu, melibatkan seramai 5,819 murid dari 896 buah sekolah di seluruh negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan semua murid terlibat telah menamatkan persekolahan bagi sesi akademik berkenaan dan layak menerima Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).
SASM bagi Sesi Akademik 2025/2026 akan dikeluarkan pada 20 Januari 2026 (Selasa) dan boleh diperoleh oleh murid di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi.
KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon yang layak menerima sijil berkenaan serta menegaskan komitmen berterusan kementerian dalam memastikan akses pendidikan yang adil, saksama dan inklusif selaras dengan aspirasi pendidikan negara. –AlHijrah Online