Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

E-BRAILLE BANTU OKU PENGLIHATAN DALAMI AL-QURAN

DALAM NEGARA

E-BRAILLE BANTU OKU PENGLIHATAN DALAMI AL-QURAN

Penggunaan teknologi Al-Quran E-Braille kini menjadi pemangkin kepada keberkesanan pembelajaran kitab suci dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di Kota Bharu, Kelantan.

KOTA BHARU: Penggunaan teknologi Al-Quran E-Braille kini menjadi pemangkin kepada keberkesanan pembelajaran kitab suci dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di Kota Bharu, Kelantan.

Inovasi elektronik pertama di dunia itu bukan sahaja memudahkan pembelajaran tajwid melalui sistem audio, malah membantu mengatasi masalah sensitiviti jari yang sering dihadapi pelajar dewasa dan warga emas.

Pusat Pengajian Al-Quran Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia, PERTIS Cawangan Kelantan, kini memanfaatkan kemudahan E-Braille bagi menggantikan naskhah Al-Quran Braille konvensional yang lebih tebal dan berat.

Menurut tenaga pengajarnya, Wan Mohd Fadhil Wan Pauzi, penggunaan Al-Quran versi baharu ini sangat membantu khususnya pelajar dewasa yang mengalami kesukaran mengenal huruf dan baris akibat deria sentuhan jari yang semakin kurang peka.

Al-Quran elektronik yang dibangunkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bukan sahaja lebih ringan dan mudah dibawa, malah memberi peluang berterusan kepada golongan OKU penglihatan untuk mendalami ilmu agama.


“Cabaran pelajar-pelajar kita ini kebanyakannya dalam kalangan dewasa. Sensitiviti jari mereka agak kurang peka, jadi mengambil masa untuk mengenal setiap huruf dan baris dalam Al-Quran.”

Bagi pelajar seperti Wan Mohd Amri Wan Azmi, kemudahan teknologi ini memberi nafas baharu untuk beliau lebih fokus mendalami Al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan.


“Kalau orang lain ada banyak cabang pembelajaran, kita ini fokus pada Al-Quran. Dalam Al-Quran pun ada teknologi, jadi kita belajar juga. Ini yang kita fokuskan dulu.”

Dalam perkembangan sama, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) turut menyumbangkan lebih RM50,000 bagi pembelian peralatan E-Braille dan mesin taip khas untuk kegunaan pusat pengajian tersebut.

Sumbangan itu disampaikan oleh Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, bersempena perasmian pusat pengajian berkenaan hari ini.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading