Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI TEMPAT LETAK KENDERAAN

DALAM NEGARA

LELAKI DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA DALAM KERETA DI TEMPAT LETAK KENDERAAN

Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartment di Jalan Bukit Beruang di Melaka semalam.

MELAKA: Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kenderaan di sebuah apartment di Jalan Bukit Beruang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.05 malam sebelum pasukan polis dan forensik digerakkan ke lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia 39 tahun itu ditemukan di tempat duduk pemandu dan pemeriksaan ke atas tubuh badan si mati tidak menemukan sebarang kesan kecederaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendapati tiada kerosakan pada kenderaan berkenaan dan hasil siasatan awal di lokasi kejadian juga mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Christopher berkata siasatan turut mendapati lelaki berkenaan seorang juruteknik syarikat utiliti yang berada di kawasan apartment itu bagi menjalankan pemeriksaan rutin berkaitan kerja selain sering datang ke lokasi itu untuk pemeriksaan berkala sebelum ini.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan lanjut dan bedah siasat telah dijalankan pagi ini bagi mengenal pasti punca kematian.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit aterosklerosis koronari (jantung tersumbat) dan kes ini diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA),” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Anonymous

    29 January 2026 at 7:41 PM

    i

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading