Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAIS TAK TANGGUNG KOS PEROBOHAN, NAFI TUDUHAN GUNA WANG ZAKAT DAN WAKAF

DALAM NEGARA

JAIS TAK TANGGUNG KOS PEROBOHAN, NAFI TUDUHAN GUNA WANG ZAKAT DAN WAKAF

Terdahulu, tular hantaran di Threads oleh pengguna tamimdahri berkaitan “Penceroboh Tanah Kubur PJS4 dapat pampasan tanah ganti. Jadi, tak perlu buat perobohan. Lagipun, JAIS yang kena tanggung”.

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menegaskan bahawa pihaknya tidak menanggung sebarang kos untuk perobohan serta pengosongan tanah yang diceroboh oleh mana-mana pihak.

Terdahulu, tular hantaran di Threads oleh pengguna tamimdahri berkaitan “Penceroboh Tanah Kubur PJS4 dapat pampasan tanah ganti. Jadi, tak perlu buat perobohan. Lagipun, JAIS yang kena tanggung”.

Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, semua kos tersebut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor selaras dengan tanggungjawab Kerajaan Negeri berhubung isu berkaitan.

“JAIS menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa wang zakat dan wakaf digunakan untuk tujuan perobohan dan pengosongan tanah diceroboh.

“Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melaksanakan tanggungjawab dengan amanah mengikut undang-undang dan ketetapan hukum syarak dalam menjaga dan mengurus dana umat Islam dan mempunyai pengetahuan jelas mengenai perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri,” kataya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JAIS mengingatkan umat Islam untuk tidak perlu berasa bimbang berhubung isu yang dibangkitkan selain MAIS akan terus menjaga dana dan wang umat Islam untuk dignakan dalam perkara memberi faedah dan manfaat kepada umat Islam.

“Ia selaras dengan tanggungjawab MAIS di bawah Seksyen 7 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading