Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDUDUK ELMINA, SHAH ALAM NAFI ULAR BERSAIZ GERGASI

DALAM NEGARA

PENDUDUK ELMINA, SHAH ALAM NAFI ULAR BERSAIZ GERGASI

Haiwan liar itu hanya bersaiz ular sawa batik biasa dan bukannya bersaiz gergasi seperti yang tular di media sosial.

SHAH ALAM: Penduduk di kawasan Elmina, di sini, menafikan dakwaan tular penemuan seekor ular sawa bersaiz gergasi di kawasan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN – ULAR SAWA GERGASI DI ELMINA, SHAH ALAM

Memetik laporan media, haiwan liar itu hanya bersaiz ular sawa batik biasa dan bukannya bersaiz gergasi seperti yang tular di media sosial.

“Video dan berita yang disebarkan di laman sosial menakutkan orang ramai sedangkan ia tidak seperti ditularkan.

“Ia nampak besar kerana video diambil secara zoom seperti yang tersebar di media sosial,” kata penduduk di kawasan Elmina selepas diminta memberi reaksi berhubung penularan video ular sawa bersaiz besar.

Difahamkan terdapat kakitangan yang telah ke kawasan tersebut dan sudah menangkap ular itu.

Sementara itu, seorang pengguna Twitter menerui akaun @Khairul_Bard telah berkongsi gambar saiz sebenar ular sawa itu yang diperoleh daripada penduduk di Elmina.

Katanya, video tersebut yang mempunyai imej tidak stabil mungkin diambil secara zoom, menyebabkan ular tersebut kelihatan begitu besar.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor tidak menerima sebarang laporan atau panggilan kecemasan berhubung kewujudan ular gergasi di kawasan perumahan Elmina.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: ULAR SAWA GERGASI DI ELMINA, SHAH ALAM – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading