Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDUDUK PALESTIN MULA KEMBALI KE UTARA GAZA

DUNIA

PENDUDUK PALESTIN MULA KEMBALI KE UTARA GAZA

Ribuan penduduk Palestin pada pagi Isnin mula kembali ke utara Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin yang berkuat kuasa pada 19 Jan.

Sumber Gambar: Media Sosial

ANKARA: Ribuan penduduk Palestin pada pagi Isnin mula kembali ke utara Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas Palestin yang berkuat kuasa pada 19 Jan, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut saksi dan wartawan AA di lapangan, ribuan penduduk berjalan kaki menuju ke utara Gaza melalui Al-Rashid Street bermula 7 pagi waktu tempatan (0500 GMT).

Aktivis media sosial Palestin memuat naik rakaman orang ramai yang bersorak dan meraikan semasa mereka kembali ke kawasan masing-masing.

Pejabat media Gaza sebelum ini memaklumkan bahawa penduduk dibenarkan bergerak ke utara Gaza dengan berjalan kaki, bukan menggunakan kenderaan melalui jalan pantai itu bermula 7 pagi.

Selain itu, penduduk dari kawasan tengah dan selatan Gaza dibenarkan bergerak ke utara wilayah berkenaan menggunakan kenderaan melalui Salaheddin Sreet di timur Gaza, bermula 9 pagi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading