Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGASAS eHATI, INDIVIDU TERLIBAT AKAN DIREMAN ESOK

DALAM NEGARA

PENGASAS eHATI, INDIVIDU TERLIBAT AKAN DIREMAN ESOK

Polis akan memohon reman terhadap Pengasas eHati International Sdn Bhd bersama suaminya di Mahkamah Majistret Shah Alam esok, 16 Julai. 

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

SHAH ALAM: Polis akan memohon reman terhadap Pengasas eHati International Sdn Bhd bersama suaminya di Mahkamah Majistret Shah Alam esok, 16 Julai. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan suami isteri itu akan direman bersama beberapa individu terlibat. 

“Beberapa tindakan berhubung siasatan masih belum selesai.

“Pasangan pengasas dan beberapa individu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi permohonan reman,” katanya secara ringkas, hari ini. 

Mohd Iqbal berkata, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan perkembangan lanjut berhubung kes tersebut pada esok petang.

Terdahulu pasangan suami isteri yang merupakan pengasas eHati International Sdn Bhd, telah ditahan polis, petang tadi.

Pasangan tersebut ditahan mengikut Seksyen 294 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading