Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGGALIAN SEMULA SELESAI, BEDAH SIASAT KEDUA SYAMSUL HARIS DIJADUALKAN 9 PAGI ESOK

DALAM NEGARA

PENGGALIAN SEMULA SELESAI, BEDAH SIASAT KEDUA SYAMSUL HARIS DIJADUALKAN 9 PAGI ESOK

Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin telah selesai dilaksanakan pagi ini.

SEMENYIH: Penggalian semula kubur pelatih Pasukan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin telah selesai dilaksanakan pagi ini.

Peguam mewakili keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh memaklumkan proses bedah siasat kedua jasad Syamsul Haris dijadualkan pada 9 pagi esok di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Proses penggalian semula pada pagi ini bermula pada jam 8.45 pagi dan jasad dikeluarkan sekitar jam 9.22 pagi dalam keadaan yang baik. Jasad akan dibawa ke bahagian forensik HKL untuk melalui beberapa prosedur sebelum bedah siasat penuh dilakukan pada 9 pagi esok.

“Saya mewakili keluarga berasa sangat berpuas hati dan tujuan utama kami hanya untuk mencari keadilan,” katanya kita ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu disini pada Jumaat.

Sebelum ini ibu Allayarham Ummu Haiman Bee Daulatgun mendakwa melihat kesan kecederaan seperti luka dan lebam pada tubuh anaknya, termasuk di bahagian mata, hidung, dan dada.

Susulan itu permohonan telah dibuat kepada mahkamah untuk menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas Allahyarham.

Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lepas di Hospital Kota Tinggi, Johor, selepas menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) di Ulu Tiram, Johor dan dikebumikan pada 29 Julai lalu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu di Selangor.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading