Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGGUNAAN AL-QURAN BRAILLE TIDAK MUDAH, TIADA HUKUM TAJWID – MUHAMMAD QAYYIM

DALAM NEGARA

PENGGUNAAN AL-QURAN BRAILLE TIDAK MUDAH, TIADA HUKUM TAJWID – MUHAMMAD QAYYIM

“Saya perlu belajar dan mengingati hukum tajwid disebabkan dalam Al Quran Braille tiada hukum tajwid seperti dalam Al-Quran biasa yang mempunyai tanda waqaf ibtida, hukum tajwid berwarna merah, hijau dan biru dan lain-lain.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

KUALA LUMPUR: Tulisan mushaf Al Quran yang berwarna-warni dengan membawa maksud dan tujuan sendiri akan memudahkan pembaca untuk mengalunkan bacaan Al Quran mengikut hukum tajwid yang betul.

Namun, kelebihan itu tidak dapat dinikmati oleh orang kurang upaya (OKU) penglihatan yang perlu menggunakan Al Quran Braille.

Menurut johan Tilawah kategori lelaki Majlis Tilawah dan Menghafaz AlQuran peringkat Antarabangsa ke 63, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi yang juga orang kurang upaya penglihatan, antara cabaran yang dihadapinya adalah kesukaran untuk mengenali kod dan titik dalam Al Quran Braille yang tiada hukum tajwid seperti Al Quran biasa.

“Saya perlu belajar dan mengingati hukum tajwid disebabkan dalam Al Quran Braille tiada hukum tajwid seperti dalam Al-Quran biasa yang mempunyai tanda waqaf ibtida, hukum tajwid berwarna merah, hijau dan biru dan lain-lain.

“Dalam Al-Quran Braille juga tidak mempunyai hukum tajwid seperti tanwin dan waqaf. Kalau ada pun tidak banyak jadi kita itu perlu belajar, ingat dan hafal tentang hukum-hukum tajwid itu.” katanya ketika ditemui AlHijrah Online.

Sehubungan itu, katanya beliau berharap lebih ramai guru dapat mengajar Al-Quran Braille di mana penggunaannya kini telah meluas di Malaysia.

Nor Hidayah Abd Rahman

Sementara itu, peserta tilawah wanita Malaysia, Nor Hidayah Abd Rahman, 32, berkongsi perjalanannya mendalami ilmu tarannum yang memerlukan pengorbanan dan tidak mudah.

“Jadi qari dan qariah ini tidak mudah kadang-kadang sampai mengalir air mata.

“Kita juga perlu sentiasa rajin untuk belajar kerana lagi banyak kita belajar kita akan sedar banyak yang kita tidak tahu,” katanya.

Selain Qayyim dan Norhidayah, Malaysia turut menghantar dua wakil kategori hafazan iaitu Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan dari Johor dan Dian Karisma Mohd Japar dari Sabah. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading