KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan atas kepercayaan kepada Pakatan Harapan (PH) termasuk Datuk Seri Aminuddin Harun selama lapan tahun.
Menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, PH telah meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.
“Semoga legasi ini terus diperkukuh demi kemajuan Negeri Sembilan.
“Kerajaan Persekutuan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang baharu demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat keseluruhannya,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan.
Anwar turut merakamkan penghargaan buat seluruh pengundi yang bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.
Menurut keputusan tidak rasmi, BN serta Perikatan Nasional (PN) meraih majoriti kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, hari ini.—AlHijrah Online