Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENGUSAHA TAMAN TEMA TANGGUH TARIKH PEMBUKAAN

DALAM NEGARA

PENGUSAHA TAMAN TEMA TANGGUH TARIKH PEMBUKAAN

KUALA LUMPUR: Tidak mahu tergesa-gesa dengan kebenaran pembukaan semula taman tema, ada pengusaha mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh pembukaan meskipun kebenaran diberikan kerajaan untuk mereka beroperasi bermula esok (1 Julai).

Menurut pengusaha langkah itu bagi memastikan persediaan rapi dilakukan sebelum taman tema tersebut dibuka kepada orang awam.

Ketika dihubungi AlHijrah Online, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari berkata pihaknya mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh pembukaan demi keselamatan pelanggan dan memberi masa untuk mereka merancang percutian.

“Kami sememangnya dah bersiap sedia untuk buka taman tema pada bila-bila masa, tetapi kami utamakan orang awam,” katanya.

Nurul Nuzairi berkata pihaknya juga melakukan kursus dan latihan bersama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkenaan cari sanitasi yang betul dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Apa yang kita buat adalah lakukan proses sanitasi di semua kawasan. Bukan sahaja kolam renang tetapi semua kawasan di sini,” katanya.

Semalam Ismail Sabri dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mengumumkan taman tema air dan kering dibenarkan untuk beroperasi bermula 1 Julai 2020 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk menjaga tahap kualiti air– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading