PENIAGA DIDENDA RM5,500 CEDERA, UGUT BUNUH LELAKI WARGA EMAS
Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Cheras-Hulu Langat, Ahad lepas.
KAJANG: Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh seorang lelaki warga emas di Jalan Cheras-Hulu Langat, Ahad lepas.
Majistret Fatin Dayana Jalil menjatuhkan hukuman itu ke atas Saiful Adli Yusof, 52, dan memerintahkan lelaki itu dipenjarakan lapan bulan jika gagal membayar denda.
Lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Liew Khoon Foo, 70, dengan menumbuk dan menendang bahagian muka serta badan di Jalan Cheras-Hulu Langat, Batu 9 Cheras pada 4.05 petang 8 Feb.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bapa empat orang anak itu juga didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, kerana mengugut mangsa di tempat dan lokasi sama.
Berdasarkan fakta kes, kejadian berpunca daripada kemalangan melibatkan kereta Proton Wira dipandu mangsa dan Toyota Vellfire dipandu Saiful Adli di Jalan Cheras-Hulu Langat pada 3.45 petang.
Mangsa didakwa meneruskan perjalanan ke Taman Suntex kerana takut dan Saiful Adli yang mengekori dikatakan menahan kenderaan mangsa di lampu isyarat sebelum bertindak menendang kereta terbabit.
Apabila mangsa keluar dari kenderaan, Saiful Adli terus menumbuk dan menendang mangsa sehingga cedera pada muka, mata lebam, dagu bengkak serta lidah berdarah, selain turut mengugut mangsa.
Timbalan Pendakwa Raya Aida Afiqah Shaari memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala peguam Muhammad Syakir Haznal yang mewakili Saiful Adli memohon hukuman denda minimum kerana anak guamnya telah insaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatan itu.
Beliau berkata anak guamnya berpendapatan RM2,000 sebulan dan pencari nafkah tunggal dalam keluarga serta menanggung isteri dan empat anak berusia antara 16 tahun hingga enam hari selain ibu mentua yang menghidap penyakit kronik.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager