SULTAN SHARAFUDDIN TIDAK BERKENAN PENTERNAKAN BABI DI SELANGOR
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak memperkenankan penternakan babi untuk dijalankan di mana-mana daerah di Selangor berikutan risiko menyebabkan pencemaran yang mampu memudaratkan penduduk sekitar.
SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak memperkenankan penternakan babi untuk dijalankan di mana-mana daerah di Selangor berikutan risiko menyebabkan pencemaran yang mampu memudaratkan penduduk sekitar.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan hari ini, berkata baginda menegaskan penternakan babi boleh menyebabkan pencemaran udara dengan mengeluarkan bau busuk serta mengganggu sumber air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan binatang itu.
“Sebagai contoh, cadangan penternakan babi di Bukit Tagar, Hulu Selangor yang merupakan kawasan pendudukan orang Melayu dan kawasan Felda pastinya menerima bantahan daripada penduduk Melayu di kawasan tersebut dan persekitarannya.
“Di samping itu ia boleh mengakibatkan pencemaran kepada kawasan tadahan air dan juga sungai yang membekalkan sumber air bersih kepada penduduk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya,” katanya.
Mohamad Munir berkata Sultan Selangor bertitah walaupun pencemaran udara dan sungai boleh diatasi dengan kaedah penternakan moden, ia memerlukan perbelanjaan besar dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh mana-mana pihak yang menternak hanya untuk bekalan daging babi di Selangor sahaja.
Beliau berkata tiada jaminan bahawa penternakan moden tidak akan menyebabkan pencemaran air di kawasan tadahan air serta sungai yang menjadi punca air bersih kepada penduduk di Lembah Klang.
“Selain itu, penternakan babi berskala besar atau kecil juga tidak sesuai dilaksanakan di Selangor kerana sumber tanah yang terhad dan ditambah pula dengan faktor nilai hartanah yang tinggi yang sewajarnya digunakan untuk tujuan yang lebih ekonomi dan boleh dimanfaatkan oleh masyarakat,” katanya.
Dalam kenyataan sama, Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menyarankan kerajaan untuk memberi lesen pengimportan daging babi bagi menampung permintaan dan keperluan orang bukan Islam khususnya kaum Cina di Selangor sahaja.
Beliau berkata menerusi kaedah itu, ia bukan sahaja dapat menyelesaikan isu penternakan babi yang sudah lama berlaku, malah dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor boleh mengoptimumkan penggunaan tanah bagi tujuan lain seperti pembangunan dan penempatan.
“Sultan Selangor menegaskan agar isu penternakan babi ini dapat dihentikan dan dimuktamadkan kerana ia menimbulkan keresahan kepada semua pihak dan menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.
“Oleh itu semua pihak diseru untuk menghormati titah baginda dan bersama-sama menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat di negeri ini,” katanya.
Mohamad Munir berkata Sultan Sharafuddin turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak bersetuju untuk penternakan babi dibuat di kawasan dibantah oleh penduduk tempatan dan yang boleh menimbulkan kontroversi serta menyarankan agar ia tidak diteruskan jika tiada kawasan sesuai.
Isu tersebut turut dibincangkan semasa Anwar menghadap Sultan Selangor di ibu negara, dua hari lepas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager