MAHKAMAH PERSEKUTUAN KEMBALIKAN SABITAN RASUAH, ISA SAMAD JALANI HUKUMAN PENJARA ENAM TAHUN
Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta.
PUTRAJAYA: Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad akan menjalani hukuman penjara enam tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengembalikan sabitan dan hukuman atas pertuduhan rasuah terhadapnya melibatkan RM3.09 juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Nordin Hassan, membenarkan rayuan pihak pendakwaan, sekali gus membatalkan pembebasan Mohd Isa terhadap sembilan pertuduhan rasuah.
“Keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan responden (Mohd Isa) atas kesemua sembilan pertuduhan dikembalikan semula,” kata Nordin yang bersidang bersama-sama Datuk Lee Swee Seng dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.
Nordin berkata bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah wajar dan selaras dengan undang-undang.
“Kami perlu menegaskan semula bahawa rasuah adalah perbuatan keji yang boleh memusnahkan sesebuah negara,” katanya.
Mahkamah mengeluarkan waran penahanan terhadap Mohd Isa, 76, untuk menjalani hukuman penjara mulai hari ini. Beliau dibawa ke Penjara Sungai Buloh.
Panel hakim itu mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 3 Feb 2021 yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun, serta denda RM15.45 juta atau dua tahun penjara sekiranya gagal membayar.
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa menerima suapan berjumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) ketika itu, Ikhwan Zaidel, melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip.
Bayaran itu didakwa sebagai dorongan bagi meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.
Pada 2024, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi, sekali gus membebaskan dan melepaskan Mohd Isa daripada pertuduhan tersebut.
Ketika menyampaikan keputusan itu yang mengambil masa kira-kira satu jam 40 minit, Nordin berkata Mahkamah Tinggi telah bertindak dengan tepat apabila mendapati Mohd Isa menerima suapan, sekali gus menimbulkan anggapan di bawah Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM).
Seksyen 50(1) menetapkan bahawa sebarang suapan diterima, diberikan atau diminta adalah dianggap telah diterima, diberikan atau diminta secara rasuah, kecuali dibuktikan sebaliknya.
Ketika membacakan alasan penghakiman, Nordin berkata Mohd Isa gagal menangkis anggapan di bawah Seksyen 50 (1), dan oleh itu unsur kesalahan menerima rasuah terbukti melebihi keraguan munasabah bagi kesemua sembilan pertuduhan terhadap beliau.
Beliau berkata bukti menunjukkan bahawa Mohd Isa meminta rasuah melalui Muhammad Zahid, di mana bekas pengerusi Felda itu memberitahunya “kalau diaorang bagi apa-apa, kau ambil lah”.
Nordin berkata Muhammad Zahid kemudian memaklumkan kepada Ikhwan bahawa “Tan Sri orang politik, ramai orang datang minta tolong Tan Sri. Kadang-kadang, beliau memerlukan dana untuk kerja politik”.
Nordin berkata responden turut bertanya kepada Muhammad Zahid sama ada beliau menerima sebarang panggilan daripada Ikhwan, yang mana Muhammad Zahid menjawab tidak menerimanya.
Beliau berkata responden kemudian mengarahkannya untuk menghubungi Ikhwan, dengan berkata, ‘Kau hubungi lah diaorang, kirim salam tanya khabar”, yang difahami oleh Muhammad Zahid sebagai arahan untuk meminta dana politik, dan beliau pun terus membuat panggilan tersebut.
“Kami mengakui menyampaikan ‘salam’ melalui orang tengah adalah amalan kebiasaan dalam kalangan umat Islam, tetapi dalam konteks kes ini, responden sebagai pengerusi FICSB yang terlibat dalam kelulusan pembelian Merdeka Palace Hotel, kerap kali menyampaikan ‘salam’ kepada SP 16 (Ikhwan) yang merupakan pengarah dan pemegang saham GAPSB membawa konotasi berbeza,” katanya.
Beliau berkata komunikasi responden kepada Muhammad Zahid, bersama dengan ‘salam’ itu, menyokong bukti bahawa wujud permintaan atau tuntutan bagi wang suapan.
“Sebagai pegawai khas responden, amat tidak munasabah Muhammad Zahid akan meminta atau menuntut wang suapan itu untuk dirinya sendiri. Tindakan itu memerlukan seseorang yang berkuasa untuk meminta atau menuntut jumlah yang besar sedemikian, dan dalam kes ini responden adalah orang tersebut,” katanya.
Nordin berkata Mahkamah Rayuan telah tersalah guna anggapan di bawah Seksyen 50 (1) dan gagal menilai fakta berkaitan dalam kes berkenaan dengan sebaiknya, yang mewajarkan campur tangan Mahkamah Persekutuan.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz mewakili pihak pendakwaan, manakala Mohd Isa diwakili peguam M.M. Athimulan dan Datuk Abu Bakar Isa Ramat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked