Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI LEBUHRAYA DASH

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DI LEBUHRAYA DASH

Gambar Ihsan PDRM

PETALING JAYA: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh di Kilometer 15.7 Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah Alam (DASH) dekat Penchala, tengah malam tadi.

Ia merupakan kemalangan maut pertama dicatatkan di lebuh raya tersebut selepas dibuka sejak Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa berusia 24 tahun menunggang SYM VF3i dari arah Penchala ke Denai Alam.

“Mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan punca dan sebab kematian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading