Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERJATUH KE DALAM SUNGAI 

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT TERJATUH KE DALAM SUNGAI 

Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan di Jalan Muara Mongkos, Serian, awal pagi tadi.

Sumber: Media sosial

KUCHING: Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan di Jalan Muara Mongkos, Serian, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 3.55 pagi.

Mangsa Belvind Avril Bobbyson, 22, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Maklumat awal mendapati lelaki itu terlibat kemalangan sebelum melanggar palang besi jambatan dan terjatuh ke dalam sungai,” menurut kenyataan itu.

Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading