Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN PENGASUH TASKA BERKAITAN DAKWAAN DERA BAYI

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN PENGASUH TASKA BERKAITAN DAKWAAN DERA BAYI

Polis menahan seorang pengasuh dipercayai terlibat kes penderaan melibatkan beberapa bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di sebuah taska di Alam Indah, Cheras.

Sumber: Media sosial

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pengasuh dipercayai terlibat kes penderaan melibatkan beberapa bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di sebuah taska di Alam Indah, Cheras, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata wanita tempatan berusia 26 tahun itu ditahan pada 16 Dis susulan laporan diterima pihaknya.

“Sebanyak tiga laporan diterima berkaitan kes ini dan siasatan mendapati hanya seorang sahaja suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) a Akta Kanak-Kanak 2001 dan dilakukan oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa trauma selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan anaknya berusia enam bulan dicampak, digolek dan ditampar pengasuh di taska terbabit.

Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai serta kebimbangan ibu bapa lain selain terdapat dakwaan beberapa bayi lain turut menjadi mangsa di situ.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading