Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS BABITKAN TIGA KENDERAAN DI ROMPIN

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MAUT DALAM NAHAS BABITKAN TIGA KENDERAAN DI ROMPIN

Seorang lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi selamat dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Seremban pada awal pagi tadi.

Sumber: IPD Rompin

KUANTAN: Seorang lelaki warga emas maut manakala sembilan lagi selamat dalam nahas jalan raya melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Seremban pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata dalam kejadian pada 6.25 pagi itu, sebuah lori treler jenis Volvo FM13 dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar dua kereta iaitu Mitsubishi Xpander serta Nissan Almera.

“Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai So’id Lebai Hamid, 68, yang merupakan penumpang belakang kenderaan Mitsubishi Xpander… mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata lori treler itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Keratong 2 menuju ke Muadzam Shah manakala kedua-dua kereta bergerak dari arah Muadzam Shah ke Seremban.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori treler cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan bertentangan,” katanya sambil menambah pemandu terbabit memiliki 16 saman trafik atas pelbagai kesalahan.

Sharif Shai berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading