Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENUNGGANG MOTOSIKAL RAGUT TELEFON BIMBIT DARI DALAM KERETA DITAHAN

DALAM NEGARA

PENUNGGANG MOTOSIKAL RAGUT TELEFON BIMBIT DARI DALAM KERETA DITAHAN

Polis berjaya menangkap seorang penunggang motosikal yang meragut telefon bimbit milik seorang penumpang kereta, dalam insiden yang berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak, di ibu negara.

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menangkap seorang penunggang motosikal yang meragut telefon bimbit milik seorang penumpang kereta, dalam insiden yang berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak, di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah berkata, pihaknya mengesan video tular di media sosial sebelum mendapati laporan telah dibuat mangsa yang diterima Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

@beritaalhijrah114

Suspek lelaki warga tempatan berusia 32 tahun ditahan polis, turut dirampas sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa. Kejadian berlaku di Jalan Genting Klang, Setapak, Kuala Lumpur #beritaalhijrah #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #ragut #setapak #kualalumpur #polis #pdrm

♬ original sound – Berita AlHijrah – Berita AlHijrah

Katanya, mangsa ketika kejadian berada di bahagian penumpang hadapan sebuah kereta yang sedang berhenti di lampu isyarat dengan cermin tingkap dalam keadaan terbuka.

“Tiba-tiba datang suspek seorang lelaki dari arah belakang dengan menaiki sebuah motosikal yang terus meragut telefon bimbit mangsa lalu melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ashari berkata, hasil risikan yang dilakukan anggotanya telah berjaya menangkap seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun bersama sebuah telefon bimbit yang dipercayai milik mangsa.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun ragut yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai 8 Nov sehingga 14 Nov. Kes masih dalam siasatan pihak polis,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading