KEDUTAAN PALESTIN PERJELAS STATUS KLINIK AL-RIMAL DI GAZA
Namun pembinaan semula klinik itu tidak dapat dilakukan dengan segera kerana banyak halangan perlu diatasi terutama bagi mendapatkan pelepasan daripada pihak Israel kerana ia terletak di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
KUALA LUMPUR: Kedutaan Palestin di Kuala Lumpur pada Selasa menjelaskan bahawa usaha untuk membina semula klinik Al-Rimal di Gaza masih berjalan menggunakan hasil sumbangan AS$1 juta oleh kerajaan Malaysia tahun lepas.
Dana itu telah didepositkan dengan Kementerian Kewangan Palestin.
Duta Besar Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali berkata demikian bagi menjelaskan laporan berita bahawa Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) yang meminta Pihak Berkuasa Palestin membuat penjelasan mengenai kegagalan projek pembinaan semula kemudahan kesihatan di Gaza yang musnah dalam serangan Israel pada Mei 2021.
Presiden Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid menyuarakan rasa terkejutnya mendengar berita bahawa pihak berkuasa Gaza tidak menerima bantuan daripada Malaysia untuk projek membina semula kemudahan kesihatan di sana yang musnah akibat serangan Israel.
Pada 14 Okt 2021, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Walid menandatangani pertukaran nota sumbangan kerajaan Malaysia sebanyak RM5 juta untuk pembinaan semula Klinik Al-Rimal di Gaza yang turut dilengkapi makmal ujian COVID-19.
Walid berkata pada 22 Nov 2021, kedutaan itu telah memaklumkan kepada Wisma Putra bahawa Kementerian Kewangan Palestin di Ramallah telah memperakui penerimaan AS$1,189,343.48 daripada kerajaan Malaysia sebagai sumbangan untuk pembinaan semula klinik di Gaza itu.
Namun pembinaan semula klinik itu tidak dapat dilakukan dengan segera kerana banyak halangan perlu diatasi terutama bagi mendapatkan pelepasan daripada pihak Israel kerana ia terletak di wilayah yang diduduki negara Yahudi itu.
“Anda perlu mendapatkan pelepasan Israel walaupun anda hendak membawa masuk satu kilogram simen. Pelepasan daripada Israel juga diperlukan untuk membawa masuk pekerja binaan dari luar dan lain-lain,” katanya kepada Bernama di pejabatnya.
Walid memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa klinik Al-Rimal akan dibina semula di bawah pengawasan jawatankuasa khas yang ditubuhkan, yang diwakili Kementerian Kesihatan negara, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Luar Negeri dan ekspatriat di bawah pejabat perdana menteri.
Walid turut menunjukkan kepada Bernama salinan dokumen pemindahan dana dan surat akuan terima daripada Wisma Putra mengenai penjelasan pihak Palestin.
Diplomat itu kecewa dengan dakwaan tidak bertanggungjawab Mapim dan berkata presidennya atau media sepatutnya menghubungi kedutaan, malah Wisma Putra untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.
“Tiada rakyat Palestin yang mempersoalkan sokongan dan solidariti Malaysia yang tidak berbelah bahagi untuk Palestin, di semua peringkat sama ada politik, kerajaan, kewangan, ekonomi atau pendidikan. Individu atau kumpulan yang mencetuskan salah faham daripada segi hubungan dua hala bertujuan untuk memusnahkan hubungan baik antara kedua-dua negara. Kedutaan mahu mereka menghentikan perbuatan itu.” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests