Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS DIPENJARA PALSU DOKUMEN, HAKIM NASIHAT BERTAUBAT

DALAM NEGARA

WARGA EMAS DIPENJARA PALSU DOKUMEN, HAKIM NASIHAT BERTAUBAT

“Kamu bukan muda lagi, saya harap kamu insaf dan tidak melakukan kesalahan sama. Paling menyedihkan, apabila kamu sendiri tahu pemilik tanah itu sudah meninggal dunia, tapi kamu bertindak sehingga menyebabkan tanah itu dipindah milik kepada orang lain.” – Hakim

judge signing on the papers
Gambar hiasan

SHAH ALAM: Hakim Mahkamah Sesyen di sini menasihati seorang warga emas supaya bertaubat dan insaf atas kesalahan memalsukan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal dunia.

“Kamu bukan muda lagi, saya harap kamu insaf dan tidak melakukan kesalahan sama. Paling menyedihkan, apabila kamu sendiri tahu pemilik tanah itu sudah meninggal dunia, tapi kamu bertindak sehingga menyebabkan tanah itu dipindah milik kepada orang lain.

“Sebagai seorang Muslim, kita akan diadili di akhirat dengan lebih tepat. Bertaubatlah sementara hidup. Pengadilan di akhirat adalah lebih berat,” kata Hakim Rozilah Salleh sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Ibrahim Mahidin, 61.

Ibrahim dituduh atas empat pertuduhan pemalsuan dokumen pindah milik tanah termasuk menggunakan cap jari orang yang telah meninggal, sekitar 2015 dan 2016.

Rozilah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan, Ibrahim secara tidak jujur menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen perjanjian jual beli dan dokumen kuasa wakil antara Che’ Nah Arshad yang telah meninggal dunia serta Mhd Kaim Tukimon, 70, masing-masing bertarikh 26 dan 27 Nov 2015, yang diketahui dokumen palsu semasa diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.

Bekas penulis surat dan urusan tanah itu juga secara tidak jujur menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu dokumen maklumat pindah milik dan gadaian melibatkan dua individu sama, serta dokumen surat akuan penama Che’ Nah Arshad yang diketahui dokumen palsu, semasa diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.  

Ibrahim didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Unit Pendaftaran Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor pada 2 Dis 2015 dan 24 Nov 2016 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada 12 Mei lepas Ibrahim mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan itu, namun menukar pengakuan kepada bersalah ketika sebutan kes hari ini.

Pendakwaan diikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor Mohd Aliff Shaharuzaman, manakala tertuduh diwakili peguam Idris Zaidel.  –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading