Kerajaan Perak akan melaksanakan larangan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri bermula 1 Jan 2026.
IPOH: Kerajaan Perak akan melaksanakan larangan lesen penjualan rokok elektronik atau vape di semua premis perniagaan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri bermula 1 Jan 2026.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan berkata keputusan itu dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) hari ini.
“Keputusan ini juga dicapai selepas pembentangan kertas Cadangan Polisi Larangan Lesen Penjualan Rokok Elektronik dalam MMK pada minggu lepas.
“Ini langkah tegas dan berani demi kesihatan rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman bahaya rokok elektronik,” katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.
Sivanesan berkata kerajaan negeri melalui PBT tidak akan meluluskan atau memperbaharui lesen perniagaan premis yang menjual produk itu bagi memastikan ia selari dengan keputusan dibuat.
Premis yang tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan perundangan seperti mana ditetapkan PBT.
“Kita juga memberi masa kepada semua premis yang masih menyimpan stok rokok elektronik untuk menghabiskannya sebelum larangan penuh dibuat,” katanya.
Bagi membantu pengusaha dan pekerja premis terlibat, Sivanesan berkata pihaknya menyediakan kursus keusahawanan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) melalui pelbagai agensi kerajaan di Perak.
“Kita bukan hanya menyediakan kursus malah mereka yang layak akan diserap masuk bekerja khususnya dalam bidang TVET yang dianggarkan mempunyai lebih 12,000 jawatan kosong di negeri ini.
“Langkah ini secara tidak langsung memastikan mereka dapat beralih kepada sektor perniagaan lebih mampan dan selamat,” katanya.
Setakat ini, enam negeri telah melaksanakan larangan awal termasuk tidak memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager