KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tun Dr Mohamed Hashim Mohd Ali meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 11.52 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun.
Perkara itu disahkan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar kepada Bernama.
Allahyarham merupakan adik kepada Tun Dr Siti Hasmah iaitu isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham dimasukkan ke wad kecemasan Ahad lepas kerana mengalami pendarahan di kepala.
Mohd Nizam berkata jenazah akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah di Sungai Besi untuk disemadikan dengan penuh adat istiadat ketenteraan.
“Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman”, katanya.
Mohd Nizam berkata beliau pernah menjadi aide-de-camp atau juruiring (ADC) kepada Mohamed Hashim sebelum Allahyarham bersara.
Mohamed Hashim menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 1957 dengan menggalas pelbagai jawatan sebelum dilantik sebagai Panglima Tentera Darat pada 1985 dan kemudian sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-9 pada 1987.
Menurut Markas ATM, Allahyarham merupakan antara anak tempatan yang mendapat latihan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom, sebelum kembali ke tanah air dan ditauliahkan ke kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 1955.
Selepas menamatkan perkhidmatan pada 1992, Allahyarham yang lahir di Ipoh, Perak, kekal aktif menyumbang dalam sektor korporat dan pendidikan, termasuk sebagai Pengerusi Bumiputra-Commerce Holdings Berhad, menurut markas ATM dalam kenyataan.
Ketokohan Allahyarham turut diiktiraf apabila dikurniakan pelbagai pingat kebesaran, termasuk Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang membawa gelaran Tun pada 2022.
Mohamed Hashim juga memainkan peranan penting dalam penganjuran Sukan Komanwel 1998 yang diadakan di ibu negara sebagai Ketua Eksekutif pada 1992, sebelum dilantik menjadi Pengerusi Eksekutif temasya sukan itu dari 1997 hingga 1999.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked