Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUKUL ANJING DENGAN BESI, MEKANIK DIDENDA RM20,000 

DALAM NEGARA

PUKUL ANJING DENGAN BESI, MEKANIK DIDENDA RM20,000 

Seorang mekanik didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul seekor anjing sehingga menyebabkan kematian haiwan itu, bulan lepas.

Sumber: BERNAMA

IPOH: Seorang mekanik didenda RM20,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memukul seekor anjing sehingga menyebabkan kematian haiwan itu, bulan lepas.

Majistret Anis Hanini Abdullah turut memerintahkan M Thineshkumar, 23, menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.

Dia didakwa telah memukul seekor anjing jantan dengan kejam menggunakan sebatang besi sehingga menyebabkan haiwan itu mengalami kecederaan antara 10.30 malam hingga 9 pagi pada 18 dan 19 Sept lepas di sebuah rumah di Lebuh Klebang Utara 30 Taman Arkid Ipoh.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun, atau denda minimum RM20,000 dan maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Amal Aziemah Kohar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala tertuduh, yang tidak diwakili peguam, merayu denda minimum atas alasan tiada pendapatan tetap selain perlu menanggung kedua ibu bapanya serta mendakwa haiwan itu telah menggigitnya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah memukul anjing peliharaan kakaknya menggunakan sebatang besi di kediaman mereka namun haiwan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius ketika itu.

Bagaimanapun, sehari selepas itu ketika kakaknya bekerja, Thineshkumar sekali lagi bertindak memukul anjing tersebut sehingga cedera parah di bahagian kepala yang akhirnya menyebabkan kematian haiwan berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading